Saturday, October 4, 2008

Sumbangan Aidilfitri PAS Cawangan Kg. Manggol

PAS Caw. Kg. Manggol telah meraikan warga tua dan golongan kurang berkemampuan di dalam satu majlis ringkas baru-baru ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Pengerusi PAS Cawangan yang mana beliau merakamkan ribuan terima kasih buat semua yang hadir dan kepada PAS Kaw. Kbg. Pasu di atas sumbangan hari raya yang menurut sumber terdapat 15 ribu orang penerima di seluruh daerah Kbg. Pasu telah diperuntukkan oleh PAS Kawasan pada tahun ini.Seterusnya beliau menyeru agar penerima sumbangan ini melahirkan rasa syukur kerana walaupun baru saja ditubuhkan PAS cawangan ini mampu juga memberikan sumbangan kepada mereka bagi meringankan beban untuk menyambut Hari raya yang bakal tiba.

Seramai 6 orang warga tua yang tidak kira latar belakang fahaman politik mereka telah menerima sumbangan hari raya daripada Setiausaha PAS Cawangan Sdr. Abdul Ghani Fathil.Sebelum itu beliau sempat memberikan sedikit tazkiroh ringkas buat renungan bersama , antara lain beliau memetik antara Hikmah dan pengajaran yang terkandung didalam bulan Ramadhan adalah golongan berada dan berkuasa membantu golongan miskin dan lemah , kerna itulah Ramadhan juga dikenali sebagai “Syahrul Muwasah” oleh Rasulullah S.A.W iaitu bulan untuk tolong menolong , bersedekah , memberi makan orang berbuka puasa serta menunaikan zakat fitrah yang menjadi pelengkap kepada ibadah puasa.Seterusnya beliau turut membacakan doa memohon keberkatan dan ketaqwaan bagi seluruh penduduk kampong.

Majlis berlangsung di Surau Kg. Manggol , 28 Ramadhan 1429 yang lalu. Sumbangan telah disediakan oleh PAS Kawasan Kubang Pasu hasil usaha oleh Pengerusi PAS Caw. iaitu Yg. Berbahagia Tn. Hj. Tajuddin b. Jusoh. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Naib. Pengerusi Sdr. Fadzil ,Bendahari PAS Caw. Kg. Manggol Yg. Berbahagia Tn. Hj. Ismail Jusoh dan beberapa orang ahli turut memeriahkan majlis ringkas ini.

Jazakumulah hukhairan kasiroo

Pengerusi & Naib Pengerusi sedang menunggu penerima sumbangan , Kelihatan Tn. Pengerusi membuat "follow-up call" & N/Pengerusi menyemak buku catatan.


Sdr. Setiausaha diberi penghormatan untuk memberikan Sumbangan dari PAS Kawasan & Sumbangan peribadi beliau



Yg. Berbahagia Bendahari juga diberi kesempatan untuk memberikan sumbangan kepada wakil penerima.


Surau & Tanah Perkuburan Kg. Manggol

No comments: