Saturday, August 30, 2008

Pandangan Satelit Kg. Manggol


Marhaban Ya Ramadhan



" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."

Surah Al Baqarah, ayat 183


Ditegaskan oleh Rasulullah SAW melalui sabdanya yang diriwayatkan oleh Ahmad, An- Nasa'i dan Al Baihaqi dari Abu Hurairah, yang bermaksud:

"Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadhan bulan yang penuh berkat. Allah telah fardhukan ke atas kamu berpuasa padanya. Sepanjang bulan Ramadhan itu dibuka segala pintu Syurga dan ditutup segala pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan......."


PENGERTIAN PUASA

· Puasa ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

PUASA WAJIB

· Puasa bulan Ramadan, puasa kifarat dan puasa nazar.

PUASA SUNAT

· Puasa enam hari pada bulan Syawal

· Puasa hari Arafah

· Puasa Hari Asyura pada 10 Muharam

· Puasa bulan Syaaban

· Puasa Isnin dan Khamis

· Puasa tengah bulan iaitu 13,14,15 pada tiap-tiap bulan qamaria (tahun Hijrah)

PUASA MAKRUH

· Puasa yang terus menerus sepanjang masa

· Tidak termasuk dua hari raya dan hari tasyriq

PUASA HARAM

· Puasa pada hari raya pertama Idil Fitri

· Puasa pada hari raya pertama Haji

· Puasa tiga hari sesudah hari raya haji atau hari tasyriq iaitu pada 11,12, dan 13 Zulhijjah.

SYARAT WAJIB PUASA

· Berakal

· Akhir Baligh (Cukup umur)

· Kuat atau mampu mengerjakan puasa

SYARAT SAH PUASA

· Islam

· Mumayyiz (dapat membezakan yang baik dan buruk)

· Suci daripada haid dan nifas

· Dalam waktu yang dibolehkan berpuasa.

RUKUN PUASA

· Berniat - Pada malam selama bulan Ramadhan hendaklah berniat di dalam hati bahawa kita akan mengerjakan puasa pada hari esok.

· Menahan diri daripada segala yang membatalkan semenjak terbit fajar sampai terbenam matahari.

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

· Makan dan minum dengan sengaja

· Muntah dengan sengaja

· Bersetubuh tanpa keluar mani pada siang hari bulan Ramadhan

· Keluar darah haid atau nifas

· Gila

· Keluar mani akibat bersetubuh dengan perempuan. Tetapi keluar mani kerana bermimpi tidak membatalkan puasa.

ORANG YANG DIIZINKAN BERBUKA ATAU TIDAK BERPUASA

· Orang yang sakit

· Orang yang dalam perjalanan jarak jauh melebihi 52 batu atau 80.64 km.

· Orang tua yang sudah lemah

· Orang yang hamil dan orang yang menyusukan anak.

Exco negeri Kedah Darulaman

YAB. USTAZ HAJI. AZIZAN ABD RAZAK - Menteri Besar
J/K Perancangan Ekonomi Negeri
J/K Perancang
J/K Tanah
J/K Hasil Bumi & Sumber Asli
J/K Majlis Tindakan Negeri
J/K Keselamatan Negeri
J/K Agama
J/K Kewangan

YB. HAJI. IR. PHAHROLRADZI HAJI ZAWAWI
J/K Pembangunan Luar Bandar
J/K Pembangunan Usahawan
J/K Kerjaraya

YB. HAJI MOHAMED TAULAN MAT RASUL
J/K Perumahan
J/K Kerajaan Tempatan

YB. HAJI. IR. AMIRUDDIN HAJI HAMZAH
J/K Industri Dan Pelaburan
J/K Sains Dan Inovasi
J/K Pertanian

YB. HAJJAH SITI AISHAH HAJI GHAZALI

J/K Pembangunan Wanita
J/K Kebajikan

YB. DR. HAJI HAMDAN MOHAMED KHALIB
J/K Belia
J/K Sukan, Kesenian & Warisan
J/K Kebudayaan

YB. DR ISMAIL SALLEH
J/K Kesihatan
J/K Penerangan
J/K Badan Bukan Kerajaan (NGO)
J/K Pembangunan Insan

YB. HAJI ABDULLAH JUSOH
J/K Pendidikan
J/K Teknologi Maklumat & Komunikasi

YB. TAN WEI SHU (KeADILan)
J/K Alam Sekitar
J/K Hal Ehwal Masyarakat Cina
J/K Sumber Tenaga Manusia
J/K Pengangkutan

YB. MOHAMMAD RADZHI SALLEH (KeADILan)
J/K Pelancongan
J/K Pembangunan Masyarakat

YB. ARUMUGAM A/L VENGATARAKOO (KeADILan )
J/K Perdagangan Dalam Negeri & Hal Ehwal Pengguna
J/K Hal Ehwal Masyarakat Siam
J/K Koperasi, Perpaduan, Pekerja Ladang & Hal Ehwal Masyarakat India

Sementara itu, Ustaz Azizan juga telah melantik Mohd. Sanusi Md.Noor sebagai Setiausaha Politik Menteri Besar, beliau adalah Bendahari Dewan Pemuda PAS Kedah dan Ketua Penerangan PAS Kawasan Sik yang juga calon PAS kawasan Dun Belantik, dalam pilihanraya baru-baru ini.

Beliau juga telah melantik Roslizan Zakaria sebagai Pegawai Khas Menteri Besar, Roslizan pernah memegang jawatan sebagai Setiausaha Jabatan Pilihanraya Negeri dan Setiausaha PAS Kawasan Jerai.

Kehadiran Ke Mesyuarat Agung PAS Kawasan


Sekitar Mesyuarat Penubuhan Pas Cawangan





Minit Mesyuarat Khas AJK Penaja Kali Ke 3

Minit Mesyuarat Khas AJK Penaja Cawangan PAS

PAS Cawangan Kg. Manggol

Bil 0308

Tarikh: 06 Jun 2008 (Jumaat)

Masa: 9.00 mlm.

Tempat: Rumah Tn. Hj. Tajudin b. Jusoh

Kehadiran:

  1. Tn. Hj. Tajudin Jusoh
  2. Tn. Hj. Ismail Yusof
  3. Abdul Ghani Fathil
  4. Farid Ismail
  5. Fadzil Mohamad
  6. Safinah H. Ramli
  7. Hjh. Che Roo Ahmad

No

Minit perkara

Tindakan

1

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan merakamkan ucapan ribuan terima kasih diatas kesudiaan ahli yang hadir pada mesyuarat tergempar pada malam ini.Walaupun kehadiran ahli tidaklah memberangsangkan namun mesyuarat tetap diteruskan memandangkan separuh daripada ahli telah sudi menghadirkan diri.

Untuk setiap ahli

2

Mesyuarat malam ini lebih menekankan kepada pencalonan Ketua Kampung setelah mendapat borang permohonan daripada Pas Kaw. Borang hendaklah diserahkan pada 12/06/08.Pas Kaw. mencadangkan gabungan 3 kampung untuk seorang Ketua kampung. Namun ahli bersetuju memilih seorang calon dari kampung ini iaitu Pengerusi Penaja sebagai Ketua Kampung bagi mewakili hanya untuk sebuah kampung sahaja.(Kg. Manggol). Jika Pas Kaw. tetap menetapkan Ketua Kampung mestilah mewakili 3 kampung, ahli bersetuju bahawa permohonan untuk ketua kampung ini ditarik balik.

Untuk setiap ahli

3

Permohonan keahlian daripada kampung Alor Dalam Changloon seramai 3 orang.Semua bersetuju pemohonan ditangguhkan sehinggalah kelulusan Penubuhan Cawangan ini diluluskan oleh PAS Pusat.

Untuk setiap ahli

4

Kelulusan permohonan pertubuhan Caw.Kg. masih diperingkat kelulusan peringkat pusat.Ahli jawatankuasa penaja Kg. Manggol boleh hadir dimesyuarat agong nanti hanya sebagai pemerhati sahaja.

Untuk setiap ahli

5

Program dan aktiviti Pas Caw. Ini terpaksa ditangguhkan sehinggalah permohonan Penubuhan Pas Caw. ini diluluskan.

Untuk setiap ahli

6

Permohonan Pembangunan Kampung kepada Pas Kawasan;

Borang Permohonan telah dihantar kepada Pas kawasan pada bulan Mac yang lalu, antaranya termasuklah:

1). Jalan Mini tar (repair & sambungan jalan - tinggalan daripada JKKK (UMNO)

2). Lampu Jalan

3). Kok U.

Mesyuarat bersetuju untuk Pengerusi Penaja membuat tindakan susulan dengan denga Pas Kawasan.

Untuk setiap ahli/Pengerusi Penaja

Mesyuarat ini telah ditamatkan dan ditangguhkan dengan bacaan doa selamat oleh Sdr. Setiausaha dan diakhiri dengan bacaan tasbih Kafarah dan Suratul Asyr pada jam 11.30 malam.

”Takbir!!!“

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

Abdul Ghani Fathil

Setiausaha Penaja

Tn. Hj. Tajuddin b. Jusoh

Pengerusi Jawatan Kuasa Penaja

Mesyuarat Khas AJK Penaja Kali Kedua

Minit Mesyuarat Khas AJK Penaja Cawangan PAS

PAS Cawangan Kg. Manggol

Bil 02/08

Tarikh: 22 Mac 2008 (Sabtu)

Masa: 9.00 mlm.

Tempat: Rumah Tn. Hj. Tajudin b. Jusoh

Kehadiran:

  1. Tn. Hj. Tajudin Jusoh
  2. Tn. Hj. Ismail Yusof
  3. Mohd. Farid Ismail
  4. Hairul Azhar Nasri
  5. Sharif Hanafiah
  6. Fadzil Mohamad
  7. Mohd. Ilyas Hanafiah
  8. Mohd. Syuib Sulaiman
  9. Kamaruzaman Bakar
  10. Izny Hafiz Zainon
  11. Safinah H. Ramli
  12. Hjh. Che Roo Ahmad
  13. Hjh. Rahimah Mohamad
  14. Rohaizar Ismail
  15. Suhaimee Yahdy b. Shaari

No

Minit perkara

Tindakan

1

Pembukaan mesyuarat

Kata-kata aluan dari pengerusi Jawatan Kuasa Penaja, Tn. Hj. Tajuddin Jusoh kepada semua ahli yang hadir dengan ucapan ribuan terima kasih kepada AJK Penaja yang sudi hadir pada mesyuarat khas ini dan beliau juga mengucapkan tahniah kepada AJK yang telah terpilih/dilantik sebagai AJK didalam mesyuarat Khas Penubuhan yang telah diadakan pada 12/03/08 yang lalu, selain dari menunaikan niat/hajat beliau untuk mengadakan kenduri pulut kuning jika PAS menang yang disediakan pada malam itu berserta dengan menu laksa dan minuman panas.

Beliau juga menyeru kepada semua AJK agar meningkatkan usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan Parti PAS sebagai pemerinah di negeri Kedah ini , khasnya dicawangan kampung ini.

Seterusnya beliau menyeru agar semua AJK supaya dapat merahsiakan apa sahaja hasil keputusan yang telah dibuat didalam setiap mesyuarat yang diadakan.Beliau juga menyeru agar AJK semua dapat berusaha untuk memperbanyakkan lagi Ahli dan berusaha keras agar merapatkan lagi talisilaturahim diantara penduduk kampung seterusnya dapat menarik minat mereka kearah mendampingi PAS dan seterusnya menjadi ahli PAS.

Beliau juga menyatakan hasrat beliau agar dapat menubuhkan Cawangan PAS dikampung Manggol ini iaitu sekurang-kurangnya ahli yang dikehendaki ialah seramai 25orang dan seterunya beliau berharap setiap AJK dapat berkerjasama untuk meningkatkan atau menambahkan lagi bilangan ahli sehingga ke 100orang.

Sepertimana amanat oleh Presiden PAS TG Hj.Hadi Awang, Pengerusi Penaja juga berhasrat untuk memperkenalkan dan seterusnya melaksana manifesto PAS iaitu sebagai Negara Berkebajikan diperingkat kampung atau dicawangan ini.Hasil daripada maklumat yang diperolehi besar kemungkinan jawatan JKKK akan berpindah tangan kepada ahli-ahli PAS atau BA bagi setiap kampung di Kedah ini.Oleh yang demikian penubuhan PAS cawangan kampung ini adalah relevan namun bukanlah menjadi matlamat utama penbuhan cawangan ini untuk merampas jawatan itu tapi perjuangan yang murni selaras dengan tuntutan agama bagi kesejahteraan dunia dan akhirat adalah lebih diutamakan.

Untuk setiap ahli

2

Cadangan Perlantikan Kabinet atau biro-biro bagi setiap AJK Penaja.

Akan dijalankan selepas penubuhan cawangan kelak namun Pengerusi menyarankan kepada barisan kabinet bayangan terlebih dahulu.

Untuk setiap ahli

3

Angkat sumpah bagi setiap AJK

Pengerusi menyarankan agar satu acara angkat sumpah bagi setiap AJK diadakan bagi mengkehendaki semua AJK dapat merahsiakan setiap mesyuarat dan aktiviti yang dirancangkan sehinggalah kepada setiap ahli pun sendiri.Ini bagi membolehkan segala maklumat dapat dirahsiakan dan tidak sampai ke pengetahuan bukan ahli PAS agar segala perancangan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

Untuk setiap ahli

4

Perlantikan AJK bagi Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat

Pengerusi telah mengarahkan kepada Ketua Pemuda (Sdr. Ilyas) dan Muslimat (Sdri.Rohaizad) agar dapat melantik AJK masing-masing sekurang-kurangnya seramai 6 orang. (rujuk Perlembagaan PAS Pindaan 2001).

Ketua Pemuda & Ketua Muslimat

5

Pembentangan Minit Mesyuarat yang lalu

Pengerusi Penaja meminta Pembentangan minit mesyuarat Khas Penubuhan Caw. PAS pada 12 Mac. 2008 oleh Sdr. Setiausaha.

Dalam pembentangan itu Sdr. Setiausaha telah menyeru agar semua AJK dapat berusaha kearah meningkatkan lagi perpaduan antara penduduk dengan merujuk kepada tafsiran ayat dari surah Al- Asyr (Demi masa) , yakni antaranya: ”berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran“ didalam menjalankan kegiatan dakwah dan didalam perjuangan suci ini demi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Seterusnya beliau telah meminda dan membetulkan beberapa kesalahan ejaan nama yang terdapat didalam minit mesyuarat Khas Penubuhan yang lalu.

Setiausaha

6

Soal-soal lain yang berbangkit

Saudara Fadzil membangkitkan 2 persoalan kepada Pengerusi Penaja berhubung dengan:

1). Sumber kewangan yang diperlukan untuk dijadikan sebagai sumber kepada masalah Kebajikan atau Musibah yang berlaku dimasa akan datang.

Jawapan dari Pengerusi Penaja:

Pengerusi akan merujuk dengan lebih mendalam dengan PAS Kawasan.

2). Perlantikan AJK kepada Ketua Pemuda & Muslimat , Pengerusi menyarankan agar Ketua Pemuda & Muslimat dapat melantik AJK mereka masing-masing dengan secepat mungkin.

3). Pengerusi mencadangkan agar mesyuarat bulanan AJK diadakan pada setiap hari Sabtu minggu terakhir setiap bulan dan disokong dengan sebulat suara oleh semua yang hadir.

4). Sdr.Fadzil membangkitkan usul tentang Badan Khairat Kematian, samaada diwujudkan di Cawangan ini atau hanya mengikut saluran PAS Kawasan.

Jawapan:

Bendahari membentangkan hasil maklumat yang diperolehi dari PAS Kawasan.

Pembentangan oleh Ketua Pemuda:

Kewangan lebihan hasil dari sumbangan orang ramai terdapat RM110 , terdapat cadangan supaya wang lebihan itu dimasukkan kedalam tabung PAS cawangan untuk digunakan untuk jamuan dimesyuarat-mesyuarat yang akan datang.

Pembentangan Ketua Muslimat :

Perancangan dimasa hadapan melibatkan Badan Perubatan NGO (PAPISMA) yang bernaung dibawah PAS bagi mengadakan Khidmat Pemeriksaan Perubatan secara percuma dicawangan PAS Kg. Manggol.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada AJK Penaja yang terlantik agar dapat mengeratkan lagi tali-silaturahim dan janganlah ada diantara dikalangan AJK dan Ahli supaya tidak ada yang berpaling tadah dan talam dua-muka dan beliau juga menyeru agar jangan ada dikalangan Ahli yang serupa itu menjadi „Hard Core“ berada didalam kalangan Ahli Cawangan ini.Beliau juga menyeru agar semua ahli meningkat usaha dan jangan jadi hangat-hangat tahi ayam pula nanti.

Saranan dari Sdr. Izny Hafiz antara perancangan lain yang boleh dijalankan kelak ialah berhubung dengan sumber maklumat yang seharusnya disalurkan kepada ahli-ahli dan penduduk kampung, antaranya behubung dengan perkembangan semasa Pentadbiran Kerajaan PAS di negeri Kedah dari masa kesemasa.Ini membolehkan sumber maklumat alternatif yang sebenar dapat disampaikan kepada semua ahli dan penduduk kampung.

Pengerusi pula telah menokok tambah dengan menyarankan pengeluaran Buletin atau Naskah-naskah Maklumat bagi diedarkan kepada penduduk kampung dan Ahli-ahli PAS cawangan.

Pengerusi Penaja

Ketua Pemuda & Muslimat

Semua Ahli

Bendahari

Ketua Pemuda

Ketua Muslimat

Semua ahli

Sdr.Izny Hafiz

AJK yang dilantik kelak

Mesyuarat ini telah ditamatkan dan ditangguhkan dengan bacaan doa selamat oleh Sdr. Setiausaha dan diakhiri dengan bacaan tasbih Kifarah dan Suratul Asyr pada jam 11.30 malam.

”Takbir!!!“

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

Abdul Ghani Fathil

Setiausaha Penaja

Tn. Hj. Tajuddin b. Jusoh

Pengerusi Jawatan Kuasa Penaja

Friday, August 29, 2008

Minit Mesyuarat Penubuhan Cawangan

Minit Mesyuarat Khas Penubuhan Cawangan PAS

PAS Cawangan Kg. Manggol

Bil 01/08

Tarikh: 12 Mac 2008 (Rabu)

Masa: 9.00 mlm.

Tempat: Rumah Tn. Hj. Tajudin b. Jusoh

Kehadiran:

  1. Tn. Hj. Tajudin Jusoh
  2. Tn. Hj. Ismail Yusof
  3. Mohd. Farid Ismail
  4. Hairul Azhar Nasri
  5. Sharif Hanafiah
  6. Fadzil Mohamad
  7. Mohd. Ilyas Hanafiah
  8. Mohd. Syuib Sulaiman
  9. Mohd. Izham Ismail
  10. Kamaruzaman Bakar

Turut Hadir:

  1. Tn Hj. Zuki – Setiausaha Kerja PAS Kawasan
  2. Ustaz Masduki – Timb. Yang Dipertua PAS Kawasan
  3. Tn. Hj. Abd. Aziz Jusoh – Naib Yang Dipertua PAS Kawasan

No

Minit perkara

Tindakan

1

Pembukaan mesyuarat

Kata-kata aluan dari pengerusi Jawatan Kuasa Penaja, Tn. Hj. Tajuddin Jusoh kepada semua ahli yang hadir dengan ucapan ribuan terima kasih kerana sudi menyahut seruan penubuhan Cawangan PAS di kampung ini iaitu diberi nama „Parti Islam Semalaysia (PAS)“ Cawangan Kampung Manggol,Kawasan Kubang Pasu.

Beliau juga mnegucapkan ribuaan terima kasih kepada wakil-wakil daripada PAS Kawasan Kbg. Pasu yang sudi hadir bersama pada malam ini untuk sama-sama memberi sokongan padu kepada Parti PAS.

Seterusnya beliau menyerahkan majlis kepada Tn. Hj. Zuki (Setiausaha Kerja PAS Kawasan) untuk mempengerusikan majlis.

Untuk setiap ahli

2

Ucapan Pembukaan Pengerusi majlis

Pengerusi Majlis Tn. Hj. Zuki mengalu-alukan kehadiran dan berterima kasih di atas keinginan menubuhkan Cawangan PAS di kampung Manggol ini semoga dapat memperbanyakkan lagi ahli PAS di negeri ini khasnya di kawasan Kubang Pasu disamping memperkukuhkan lagi jentera parti seterusnya dapat mengekalkan pemerintahan di negeri Kedah ini.

Seterusnya beliau mencadangkan penubuhan AJK Penaja.

Untuk setiap ahli

3

Perlantikan/Pemilihan AJK Penaja

Antara mereka yang mencadangkan dan terpilih sebagai AJK Penaja diantaranya termasuklah:

Ketua Penaja :

Tn. Hj. Ismail mencadangkan Tn. Hj. Tajudin dan disokong sebulat suara.

Naib Ketua:

Mohd. Elyas mencadangkan En. Fadzil Mohamad

Setiausaha:

Tn. Hj. Tajuddin Jusoh mencadangkan Sdr. Abdul Ghani Fathil

Bendahari:

En. Fadzil Mohamad mencadangkan Tn. Hj. Ismail Yusof

Ketua Pemuda:

Khairul Azhar Nasri mencadangkan Sdr. Mohd. Ilyas Hanafiah

Ketua Muslimat:

Che Roo Ahmad mencadangkan Dr. Rohaizar Ismail

Ketua Penerangan:

Tn. Hj. Tajudin Jusoh mencadangkan En. Ibrahim Omar

Semua cadangan diatas telah disokong dengan sebulat suara.

Ahli Jawatan Kuasa (AJK):

Seramai 7 orang AJK telah dicadangkan oleh Sdr. Fadzil Mohamad dan disokong dengan sebulat suara, diantara mereka yang terpilih antaranya ialah :

  1. Sdr. Kamaruzaman Bakar
  2. Sdr. Mohamad Farid Ismail
  3. Sdr. Khairul Azhar Nasri
  4. Dr. Izny Hafiz Zainon
  5. Rokhiyah Mat
  6. Pn. Hjh. Rohimah Mohamad
  7. Pn. Che Asma Ismail

Seterusnya, Pengerusi Majlis mengucapkan terima kasih diatas Perlantikan AJK Penaja PAS Caw. Kg. Manggol yang berjalan dengan baik dan lancar.Pengerusi juga telah meningatkan tentang jumlah ahli yang perlu bagi menubuhkan seebuah cawangan iaitu seramai 25orang yang memiliki sijil dari PAS Pusat.

Untuk setiap ahli

4

Ucapan oleh Wakil PAS Kawasan

Ucapan oleh Tn. Hj. Abd. Aziz Jusoh – Naib Yg. Dipertua PAS Kawasan,antara nya beliau menyingkap kembali perjuangan PAS dan menyeru agar semua ahli pAS agar bersatupadu untuk memperkukuhkan lagi jentera parti demi bangsa dan agama.Seterusnya beliau berterimakasih diatas penubuhan cawangan PAS di kampung ini dan beliau menyeru supaya PAS Kg. Teluk Ara yang belum ada cawangan supaya bergabung dengan PAS Kg. Manggol.

Ucapan oleh Ustaz Masduki – Timb. Yg. DiPertua PAS Kaw.

- Dalam ucapan beliau ,banyak menyentuh soal2 agama , antara dengan memperbanyakkan lagi majlis agama ,kuliah-kuliah dan ceramah-ceramah.Dengan adanya majlis seperti ini kita dapat menanamkan semangat kecintaan dan ketaatan terhadap agama Allah.

Untuk setiap ahli

5

Hal-hal lain

Tiada.

Mesyuarat ini telah ditamatkan pada jam 11.30 malam.

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

Abdul Ghani Fathil

Setiausaha Penaja

Tn. Hj. Tajuddin b. Jusoh

Pengerusi Jawatan Kuasa Penaja