Friday, October 17, 2008

"Tok Guru" berjiwa rakyat


'Tok Guru' berjiwa rakyat - Guan Eng

MARANG, 18 Okt (Hrkh) - Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengakui hubungan yang baik antara parti PAS dan DAP dalam kerjasama Pakatan Rakyat adalah akrab.

Berikutan itu, katanya pemimpin DAP mengambil kesempatan berkunjung ke rumah Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebagai tanda sebuah hubungan yang akrab.

"Kita (DAP) ada hubungan yang akrab dalam Pakatan Rakyat ini dan saya juga mengambil kesempatan ini (berkunjung) bertemu 'Tok Guru' dan bukan sahaja berjumpa di Parlimen.

"Saya ke sini (Terengganu) untuk menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-215 dan langsung berkunjung ke rumah Dato' Seri Abdul Hadi,"ujarnya ketika ditemui di Rusila, Marang, kelmarin.

Beliau yang juga Setiausaha Agung DAP turut melahirkan rasa kagum dengan sifat kesederhanaan mantan Menteri Besar Terengganu menjalani kehidupannya.

"Di sini kita (rakyat) boleh lihat 'Tok Guru' pernah jadi Menteri Besar sebuah negeri tetapi masih hidup dalam keadaan yang sederhana.

"Saya rasa itu menunjukkan kepimpinan yang berjiwa rakyat dan hanya berkhidmat untuk rakyat,"jelasnya. - mks.

Sumber: Harakahdaily

Kenali Khalifah Umar Abdul Aziz

Umar Abdul Aziz (khalifah rasyidin kelima)

Oleh: Ibad Ahmady

Baru satu abad telah berlalu, namun keadaan umat Islam jauh sekali berbeza berbanding dengan zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya dahulu. Bibit-bibit jahiliyah yang dihapuskan Rasulullah s.a.w. telah mula berputik kembali. Sifat suka mementingkan kabilah, semangat berpuak dan mengutama saudara sendiri menjadi ciri-ciri baru kerajaan Islam pada masa itu.

Kerajaan tidak lagi dinilai dengan neraca al-Quran dan as-Sunnah, tetapi diukur atas keperluan semasa dan kepentingan negara. Pemimpin-pemimpin Islam sudah pandai bermewah-mewah, melakukan penindasan dan bermegah diri. Sehinggakan Baitul Mal, jadikan sebagai harta peribadi mereka. Masyarakat Islam pula semakin kaya dan leka, mereka semakin meninggalkan penghayatan ilmu dan nilai-nilai Islam. Kekuatan hawa nafsu dan bisikan syaitan telah mencampak mereka ke lembah kealpaan.

Kasih sayang tuhan mengatasi segala-galanya. Dia tidak ingin melihat umat Islam tergelincir ke dalam kegelapan. Dalam cahaya suram yang kelam, terpancarlah sinar yang membawa seribu harapan. Khalifah Umar Abdul Aziz menyelamatkan Islam dan umatnya dengan mengembalikan Islam seolah-olah ke zaman permulaannya.

Umar Abdul Aziz adalah seorang bangsawan yang berbudi halus dan wara’. Walaupun dikelilingi dengan kekayaan dan kemewahan, beliau tidak hanyut dan leka. Beliau menjadi kegilaan anak gadis kerana ketampanannya, dan sering menjadi ikutan pemuda pada zaman itu. Sejak kecil lagi beliau didik dengan ilmu agama. Minat dan kecenderuangan beliau kepada ilmu, membawa beliau ke kota Madinah. Di sanalah beliau mempelajari dan mendalami ilmu agama dari tokoh-tokoh Islam zaman itu. Semasa pemerintahan al-Walid ibn Abdul Aziz, beliau telah menjadi gabenor Madinah selama 7 tahun. Di sini beliau telah menunjukkan ciri-ciri seorang pemimpin Islam sejati. Sehingga Anas ibn Malik berkata: “Aku tidak pernah menjumpai Imam selepas Rasulullah s.a.w. yang menyerupai sembahyangnya seperti Rasulullah s.a.w. kecuali pemuda ini, Umar Abdul Aziz iaitu gabenor Madinah”

Sebaik saja dilantik sebagai khalifah, Umar Abdul Aziz terus membersihkan kerajaan dengan memecat gebenor dan pegawai yang kejam dan tidak adil. Hamba sahaya milik keluarga di raja juga telah dimerdekakan, semua barang kemas dan hadiah yang diterima beliau dan isterinya semasa pertabalan telah diserahkan semuanya kepada Baitul Mal. Istana pula telah dihias secara sederhana sahaja. Umar Abdul Aziz menganggap dirinya sebagai pengganti kepada datuknya iaitu khalifah Umar al-Khattab. Kerana itulah beliau digelar sebagai Umar II. Hidup beliau telah berubah sama sekali, kemewahan dan kemegahan telah ditanggalkan dan digantikan dengan kehidupan yang penuh zuhud dan kesederhanaan.

Pernah suatu ketika, Umar Abdul Aziz memerhatikan anak-anak perempuannya menutup mulut dengan tangan ketika berbual dengannya. Selepas menyiasat, beliau dapati hanya bawang dan kacang sahaja yang terdapat dirumahnya. Anak-anaknya berbuat demikian kerana takut menganggu beliau dengan bau bawang. Dengan berlinangan air mata beliau berkata: “Wahai anakkku adakah kamu inginkan makanan yang enak sedangkan ayahmu dihumban ke dalam neraka?”

Beliau adalah khalifah kepada sebuah empayar terbesar zaman itu, namun tidak mempunyai duit yang mencukupi untuk menunaikan haji. Sehinggalah sampai satu masa, beliau diberitahu khadamnya, duit untuk menunaikan haji telah mencukupi hasil dari pendapatannya sebagai khalifah. Akan tetapi Umar menjawab: “Kami telah mengambil manfaat harta ini sekelian lama. Sekarang orang Islam berhak menikmati hasilnya.” Kemudian beliau memasukkan semua hasil pendapatan itu ke dalam Baitul Mal. Pernah juga Umar Abdul Aziz datang untuk lewat menghadiri solat Jumaat kerana terpaksa menunggu bajunya yang sehelai itu kering.

Beliau adalah seorang yang zuhud dan sangat berhati-hati. Jika ada mana-mana pegawai dan ahli keluarga yang ingin menemuinya atas urusan peribadi, serta merta beliau memadamkan lilin yang dibekalkan kerajaan dan menggunakan lilinnya sendiri. Beliau tidak pernah mengguna air panas daripada dapur awam atau menghidu wangi-wangian milik Baitul Mal.

Dalam pentadbiran pula, Umar Abdul Aziz telah mengubah kerajaannya sehingga kebajikan rakyat menjadi matlamat utama. Sebelum Umar, perhatian negara hanya terhad kepada memungut hasil cukai dan pembangunan material tanpa memberi penumpuan kepada pembangunan rohani dan keagamaan. Sebaliknya, semasa pemerintahan beliau, sangat sukar untuk berjumpa dengan pengemis atau fakir miskin yang berhak menerima zakat. Pernah Yahya Ibn Sa’id meriwayatkan, Umar melantik beliau memungut zakat di Afrika, setelah selesai memungut zakat beliau mencari orang-orang yang berhajat kepada zakat, tatapi gagal bertemu seorang pun yang boleh diberi bantuan. Lalu beliau membeli beberapa orang hamba sahaya dan memerdekakan mereka bagi pihak kaum muslimin.

Umar Abdul Aziz selalu mengutamakan prinsip, tuntutan moral dan kehendak agama daripada keuntungan politik yang berbentuk duniawi. Dengan keunggulan peribadi dan kehebatan kerajaan yang dipimpinnya, semakin ramai orang bukan Islam memeluk Islam.

Selain daripada kemakmuran hidup, Umar Abdul Aziz telah membawa perubahan yang lebih besar lagi dalam kerajaannya iaitu mangubah kecenderungan dan sikap rakyat jelata. Jika semasa zaman Khalifah al-Walid, perbincangan rakyat lebih tertumpu kepada bangunan dan seni bina kerana itulah kecenderungan al-Walid, Khalifah Sulaiman pula minat kepada perempuan dan majlis makan yang besar, dan itulah menjadi keasyikan dan perbualan rakyatnya. Tetapi dalam masa pemerintahan Umar Abdul Aziz, tajuk-tajuk yang berkaitan dengan sembahyang, doa dan ibadah menjadi topik perbualan utama. Masing-masing bermuhasabah untuk meningkatkan nilai ibadah mereka.

Pembaharuan yang beliau lakukan dalam masyarakat Islam adalah hasil pancaran cahaya rohani dalam dirinya. Keimanan yang teguh, cinta dan takut kepada Allah s.w.t. dan keyakinan terhadap hari pembalasan menjadikan beliau seorang pemimpin agung dalam sejarah Islam. Sehingga ada orang mengatakan beliau adalah khalifah Islam yang kelima daripada Khulafa ar-Rasyidin selepas Sayidina Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali. Andai kata beliau ditakdirkan memerintah lebih lama, sudah pasti dunia Islam akan menyaksikan perubahan yang menyeluruh dalam semua aspek kehidupan. Tetapi kehendak tuhan mengatasi keinginan dan impian manusia. Beliau telah dipanggil mengadap Ilahi setelah dua tahun lima bulan memayungi umat Islam dengan al-Quran dan sunnah Rasulullah s.a.w.

Perang Badar

Perang Badar

* Berlaku pada 17 Ramadhan tahun 2 Hijrah bersamaan 15 March 624 Masihi

1. Ketibaan orang-orang muslimin di kawasan Badar.
2. Disini berkumpulnya tentera Islam ketika sampai berhampiran dengan kawasan Badar.
3. Pada malam peperangan berlaku Rasulullah S.A.W telah mengutuskan beberapa orang tenteranya untuk menguasai tempat mata air.
4. Markas pusat peperangan dan juga Rasulullah mengikuti perkembangan peperangan Badar.
5. Penempatan tentera muslimin di kawasan bukit.
6. Ketibaan orang musyrikin ke kawasan Badar dari Mekah.
7. Disini berkumpulnya tentera musyrikin ketika sampai berdekatan dengan kawasan Badar.
8. Penempatan orang-orang musyrikin di kawasan Badar.
9. Disinilah berlakunya peperangan.
10. Anak panah ini menunjukkan penduduk sekitar yang berada di kawasan Badar yang menyaksikan peperangan.

6 Perkara Allah Sembunyikan

Setelah Allah s.w.t. selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan barat ( ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan berkata:

Wahai tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?"

Lalu Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud..
"tidak"

Kemudian Jibrail a.s. berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah s.w.t. Dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun. Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud.

"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya Muhammad. Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannku dan ketinggianku, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmuitu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahku, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahku."

Kemudian Jibrail a.s. berkata:

"Ya tuhanku, apakah yang engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud:

"Ya Jibrail, akan aku berikan syurga ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga Ma'waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah s.w.t. maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbanglah malaikat Jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud.

Kepada Allah s.w.t. lalu ia berkata dalam sujud :

"Ya tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud:

"Wahai Jibrail, kalau kamu dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluhdari beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan...."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah s.w.t telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

Allah s.w.t telah menyembunyikan redha-nya dalam taat.
Allah s.w.t telah menyembunyikan murka-nya di dalam maksiat.
Allah s.w.t telah menyembunyikan nama-nya yang maha agung di dalam al-quran.
Allah s.w.t telah menyembunyikan lailatul qadar di dalam bulan ramadhan.
Allah s.w.t telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (yang lima waktu).
Allah s.w.t telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Wednesday, October 8, 2008

APA YANG PERLU DIMUHASABAHKAN ?

MUHASABAH
  • Bersungguh -sungguh menghisab diri dan perbuatan
  • Menilai amalan sepanjang tahun
  • Amalan harian, mingguan, bulanan & tahunan
  • Ikhlas tanpa terpaksa @ dipaksa
  • Tepat dan tidak tertinggal sedikitpun

Kata-kata Sayyidina ‘Umar
  • ''Hisablah dirimu sendiri sebelum kamu dihisab di akhirat kelak. Timbang-timbanglah amal perbuatanmu sebelum ia ditimbang di akhirat.'' (Riwayat Abu Nuaim dalam Al-Hilyah).
  • Umar RA setiap menjelang malam memukul kedua kakinya dengan berkata kepada dirinya sendiri, ''Apa yang sudah kukerjakan hari ini.''

Imam Al-Ghazali dalam hal ini berkata, ''Ketahuilah jika seorang hamba memiliki waktu di pagi hari untuk mendengarkan nasihat-nasihat kebenaran, maka seharusnya dia juga memiliki waktu di malam untuk menghisab dirinya. Dia mesti merenungi kembali seluruh gerak-gerinya dan perbuatannya sepanjang hari. Ke mana saja dia bergerak, sehari itu, dalam perkara apa dia bergerak, dan untuk tujuan apa pula dia bergerak?''

''Tirulah perbuatan para pedagang yang memperhitungkan seluruh hasil perdagangannya setiap hari, setiap bulan, dan setiap tahun. Mereka melakukan semua perhitungan itu karena menginginkan harta keduniaan dan takut kehilangan sedikit pun dari harta perdagangannya. Padahal dia mengetahui bahwa semua yang diusahakannya secara sungguh-sungguh itu pada akhirnya akan hilang (fana) juga.''

Apakah yg perlu dimuhasabahkan???

1. Apakah anda setiap hari selalu salat subuh berjamaah di masjid ?
2. Apakah anda selalu menjaga salat yang 5 waktu berjamaah di masjid ?
3. Apakah anda hari ini membaca Al-Qur’an?
4. Apakah anda rutin membaca dzikir setelah selesai melaksanakan salat wajib?
5. Apakah anda selalu menjaga salat sunnah rawatib sebelum dan sesudah shalat wajib?
6. Apakah anda hari ini khusyu’ dalam salat, menghayati apa yang anda baca?

7. Apakah anda hari ini mengingat mati dan kubur?
8. Apakah anda hari ini mengingat hari kiamat, segala peristiwa dan kedahsyatannya?
9. Apakah anda telah memohon kepada Allah sebanyak 3 kali agar dimasukkan ke dalam syurga?
10. Apakah anda telah meminta perlindungan kepada Allah sebanyak 3 kali agar diselamatkan dari api neraka? Kerana: "Barang siapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak 3 kali, Syurga berkata, "Wahai Allah! Masukkanlah ia ke dalam syurga", dan barang siapa yang meminta perlindungan kepada Allah agar diselamatkan dari api neraka sebanyak 3 kali, Neraka berkata, "Wahai Allah! Selamatkan ia dari api neraka"." (Shahih Al-Jami’ No. 6151 Jilid 6)

11. Apakah anda hari ini membaca hadis Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam?
12. Apakah anda pernah berfikir untuk menjauhi teman-teman yang tidak baik?
13. Apakah anda telah berusaha untuk menghindari banyak tertawa dan bergurau?
14. Apakah anda hari ini menangis karena takut kepada Allah?
15. Apakah anda selalu membaca zikir pagi dan malam hari?

16. Apakah anda hari ini telah memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosa yang telah anda lakukan?
17. Apakah anda telah memohon kepada Allah dengan benar untuk mati syahid? Karena Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: "Barang siapa yang memohon kepada Allah dengan benar untuk mati syahid, maka Allah akan memberikan kedudukan sebagai syuhada meskipun ia meninggal di atas tempat tidurnya." (HR. Muslim)
18. Apakah anda telah berdo’a kepada Allah agar Ia menetapkan hati anda di atas agama-Nya?
19. Apakah anda telah mengambil kesempatan untuk berdo’a kepada Allah di waktu –waktu yang mustajab?
20.Apakah anda telah membeli buku-buku Islam untuk memahami Islam?

21. Apakah anda memohon ampun kepada Allah untuk saudara-saudara mukminin dan mukminah? Kerana dengan mendo’akan mereka anda mendapat kebaikan pula. (Shahih Al-Jami’ No. 5902)
22. Apakah anda telah memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas nikmat Islam?
23. Apakah anda telah memuji Allah dan bersyukur kepada-Nya atas nikmat mata, telinga, hati dan segala nikmat lainnya?
24. Apakah hari ini anda telah bersedekah kepada fakir miskin dan orang-orang yang memerlukan?
25. Apakah anda dapat menahan amarah yang disebabkan kerana urusan pribadi dan berusaha untuk marah kerana Allah semata-mata?

26. Apakah anda telah berusaha untuk selalu menjauhkan diri dari sikap sombong dan membanggakan diri?
27. Apakah anda telah mengunjungi saudara –saudara seiman dan seagama (ikhlas karena Allah semata)?
28. Apakah anda telah berdakwah untuk keluarga, saudara-saudara, tetangga, dan siapa saja yang yang ada hubungannya dengan diri anda?

29. Apakah anda termasuk orang yang berbakti kepada orang tua?
30. Apakah anda selalu mengucapkan "Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raaji’uun – Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan sesungguhnya kami kembali kepada-Nya" jika anda mendapat musibah dari Allah? Karena Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda: "Hendaklah sentiasa kamu melakukan istirja’ (mengucapkan Innaa Lillaahi wa Innaa Ilaihi Raaji’uun) pada setiap hal meskipun ketika tali kasutnya putus karena hal itu termasuk musibah." (Hadits hasan, lihat Shahih Al-Kalimut Thayyib No. 140)

31. Apakah anda hari ini mengucapkan do’a: "Allahumma Innii A’uudzubika an Usyrikabika wa Anaa A’lam wa Astaghfiruka Limaa laa A’lam – Ya allah sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari menyekutukan-Mu sedangkan aku mengetahui dan aku memohon ampunan-Mu terhadap apa-apa yang tidak aku ketahui." (Shahih Al-Jami’ No. 3625). Barang siapa yang mengucapkannya maka Allah akan menjauhkan darinya dari syirik besar dan syirik kecil.
32. Apakah anda selalu berbuat baik kepada jiran?
33. Apakah anda telah membersihkan hati dari sombong, riya, hasad dan dengki?

34. Apakah anda telah membersihkan lisan anda dari perkataan dusta, mengumpat, mengadu domba, bertengkar dan berbuat serta berkata yang tidak ada manfaatnya?
35. Apakah anda selalu takut kepada Allah dalam gerak kerja, makanan, minuman dan pakaian?
36. Apakah anda selalu bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya di segala waktu atas segala dosa dan kesalahan?


Jawablah pertanyaan-pertanyaan di atas dengan ikhlas hati, agar engkau mendapat ridha Allah dan menjadi orang-orang yang beruntung di dunia dan di akherat, Insya Allah."

Sumber:
- Zaadul Muslim Al-Yaumi , Syaikh Abdullah bin Jaarullah bin Ibrahim Al-Jaarullah .
- Al-Qabru ‘Adzaabuhu wa Na’iimuhu, Syaikh Husain Al-‘Awaisyah

Saturday, October 4, 2008

Sambutan Eidulfitri 1429

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Saya, mewakili keluarga dan segenap lapisan kepimpinan & akar umbi Parti Islam Semalaysia PAS Cawangan Kg. Manggol ingin mengucapkan Salam Eidulfitri kepada umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia amnya.

Eidulfitri tahun ini disambut meriah dalam kesederhanaan bersama keluarga; menziarah kubur mendoakan kepada muslimin-muslimat yang telah kembali kerahmatullah.

Sekali lagi dipohon maaf di atas segala keterlanjuran. Juga kerana tidak sempat menjawab ribuan SMS, emel dan kad ucapan eid mubarak. Izinkan saya ulangi ucapan minal aidin walfaizin walmaqbulin.

Di celah kesibukan bersilatur rahmi dan bermaafan bersama keluarga :


Kunjung mengunjung sesama bisan.


Pengerusi sibuk melayan karenah anak-cucu


Pengerusi sibuk berkempen , bila nak isi borang Bang Chot ooii!!


Malam Raya , anak-anak sibuk denan bunga api , Alhamdulillah tiada kejadian yg tak diingini bagi seluruh penduduk kampung.

Sumbangan Aidilfitri PAS Cawangan Kg. Manggol

PAS Caw. Kg. Manggol telah meraikan warga tua dan golongan kurang berkemampuan di dalam satu majlis ringkas baru-baru ini.

Majlis dimulakan dengan ucapan ringkas oleh Pengerusi PAS Cawangan yang mana beliau merakamkan ribuan terima kasih buat semua yang hadir dan kepada PAS Kaw. Kbg. Pasu di atas sumbangan hari raya yang menurut sumber terdapat 15 ribu orang penerima di seluruh daerah Kbg. Pasu telah diperuntukkan oleh PAS Kawasan pada tahun ini.Seterusnya beliau menyeru agar penerima sumbangan ini melahirkan rasa syukur kerana walaupun baru saja ditubuhkan PAS cawangan ini mampu juga memberikan sumbangan kepada mereka bagi meringankan beban untuk menyambut Hari raya yang bakal tiba.

Seramai 6 orang warga tua yang tidak kira latar belakang fahaman politik mereka telah menerima sumbangan hari raya daripada Setiausaha PAS Cawangan Sdr. Abdul Ghani Fathil.Sebelum itu beliau sempat memberikan sedikit tazkiroh ringkas buat renungan bersama , antara lain beliau memetik antara Hikmah dan pengajaran yang terkandung didalam bulan Ramadhan adalah golongan berada dan berkuasa membantu golongan miskin dan lemah , kerna itulah Ramadhan juga dikenali sebagai “Syahrul Muwasah” oleh Rasulullah S.A.W iaitu bulan untuk tolong menolong , bersedekah , memberi makan orang berbuka puasa serta menunaikan zakat fitrah yang menjadi pelengkap kepada ibadah puasa.Seterusnya beliau turut membacakan doa memohon keberkatan dan ketaqwaan bagi seluruh penduduk kampong.

Majlis berlangsung di Surau Kg. Manggol , 28 Ramadhan 1429 yang lalu. Sumbangan telah disediakan oleh PAS Kawasan Kubang Pasu hasil usaha oleh Pengerusi PAS Caw. iaitu Yg. Berbahagia Tn. Hj. Tajuddin b. Jusoh. Hadir sama pada majlis tersebut ialah Naib. Pengerusi Sdr. Fadzil ,Bendahari PAS Caw. Kg. Manggol Yg. Berbahagia Tn. Hj. Ismail Jusoh dan beberapa orang ahli turut memeriahkan majlis ringkas ini.

Jazakumulah hukhairan kasiroo

Pengerusi & Naib Pengerusi sedang menunggu penerima sumbangan , Kelihatan Tn. Pengerusi membuat "follow-up call" & N/Pengerusi menyemak buku catatan.


Sdr. Setiausaha diberi penghormatan untuk memberikan Sumbangan dari PAS Kawasan & Sumbangan peribadi beliau



Yg. Berbahagia Bendahari juga diberi kesempatan untuk memberikan sumbangan kepada wakil penerima.


Surau & Tanah Perkuburan Kg. Manggol