Saturday, August 30, 2008

Mesyuarat Khas AJK Penaja Kali Kedua

Minit Mesyuarat Khas AJK Penaja Cawangan PAS

PAS Cawangan Kg. Manggol

Bil 02/08

Tarikh: 22 Mac 2008 (Sabtu)

Masa: 9.00 mlm.

Tempat: Rumah Tn. Hj. Tajudin b. Jusoh

Kehadiran:

  1. Tn. Hj. Tajudin Jusoh
  2. Tn. Hj. Ismail Yusof
  3. Mohd. Farid Ismail
  4. Hairul Azhar Nasri
  5. Sharif Hanafiah
  6. Fadzil Mohamad
  7. Mohd. Ilyas Hanafiah
  8. Mohd. Syuib Sulaiman
  9. Kamaruzaman Bakar
  10. Izny Hafiz Zainon
  11. Safinah H. Ramli
  12. Hjh. Che Roo Ahmad
  13. Hjh. Rahimah Mohamad
  14. Rohaizar Ismail
  15. Suhaimee Yahdy b. Shaari

No

Minit perkara

Tindakan

1

Pembukaan mesyuarat

Kata-kata aluan dari pengerusi Jawatan Kuasa Penaja, Tn. Hj. Tajuddin Jusoh kepada semua ahli yang hadir dengan ucapan ribuan terima kasih kepada AJK Penaja yang sudi hadir pada mesyuarat khas ini dan beliau juga mengucapkan tahniah kepada AJK yang telah terpilih/dilantik sebagai AJK didalam mesyuarat Khas Penubuhan yang telah diadakan pada 12/03/08 yang lalu, selain dari menunaikan niat/hajat beliau untuk mengadakan kenduri pulut kuning jika PAS menang yang disediakan pada malam itu berserta dengan menu laksa dan minuman panas.

Beliau juga menyeru kepada semua AJK agar meningkatkan usaha untuk mengukuhkan lagi kedudukan Parti PAS sebagai pemerinah di negeri Kedah ini , khasnya dicawangan kampung ini.

Seterusnya beliau menyeru agar semua AJK supaya dapat merahsiakan apa sahaja hasil keputusan yang telah dibuat didalam setiap mesyuarat yang diadakan.Beliau juga menyeru agar AJK semua dapat berusaha untuk memperbanyakkan lagi Ahli dan berusaha keras agar merapatkan lagi talisilaturahim diantara penduduk kampung seterusnya dapat menarik minat mereka kearah mendampingi PAS dan seterusnya menjadi ahli PAS.

Beliau juga menyatakan hasrat beliau agar dapat menubuhkan Cawangan PAS dikampung Manggol ini iaitu sekurang-kurangnya ahli yang dikehendaki ialah seramai 25orang dan seterunya beliau berharap setiap AJK dapat berkerjasama untuk meningkatkan atau menambahkan lagi bilangan ahli sehingga ke 100orang.

Sepertimana amanat oleh Presiden PAS TG Hj.Hadi Awang, Pengerusi Penaja juga berhasrat untuk memperkenalkan dan seterusnya melaksana manifesto PAS iaitu sebagai Negara Berkebajikan diperingkat kampung atau dicawangan ini.Hasil daripada maklumat yang diperolehi besar kemungkinan jawatan JKKK akan berpindah tangan kepada ahli-ahli PAS atau BA bagi setiap kampung di Kedah ini.Oleh yang demikian penubuhan PAS cawangan kampung ini adalah relevan namun bukanlah menjadi matlamat utama penbuhan cawangan ini untuk merampas jawatan itu tapi perjuangan yang murni selaras dengan tuntutan agama bagi kesejahteraan dunia dan akhirat adalah lebih diutamakan.

Untuk setiap ahli

2

Cadangan Perlantikan Kabinet atau biro-biro bagi setiap AJK Penaja.

Akan dijalankan selepas penubuhan cawangan kelak namun Pengerusi menyarankan kepada barisan kabinet bayangan terlebih dahulu.

Untuk setiap ahli

3

Angkat sumpah bagi setiap AJK

Pengerusi menyarankan agar satu acara angkat sumpah bagi setiap AJK diadakan bagi mengkehendaki semua AJK dapat merahsiakan setiap mesyuarat dan aktiviti yang dirancangkan sehinggalah kepada setiap ahli pun sendiri.Ini bagi membolehkan segala maklumat dapat dirahsiakan dan tidak sampai ke pengetahuan bukan ahli PAS agar segala perancangan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.

Untuk setiap ahli

4

Perlantikan AJK bagi Ketua Pemuda dan Ketua Muslimat

Pengerusi telah mengarahkan kepada Ketua Pemuda (Sdr. Ilyas) dan Muslimat (Sdri.Rohaizad) agar dapat melantik AJK masing-masing sekurang-kurangnya seramai 6 orang. (rujuk Perlembagaan PAS Pindaan 2001).

Ketua Pemuda & Ketua Muslimat

5

Pembentangan Minit Mesyuarat yang lalu

Pengerusi Penaja meminta Pembentangan minit mesyuarat Khas Penubuhan Caw. PAS pada 12 Mac. 2008 oleh Sdr. Setiausaha.

Dalam pembentangan itu Sdr. Setiausaha telah menyeru agar semua AJK dapat berusaha kearah meningkatkan lagi perpaduan antara penduduk dengan merujuk kepada tafsiran ayat dari surah Al- Asyr (Demi masa) , yakni antaranya: ”berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran“ didalam menjalankan kegiatan dakwah dan didalam perjuangan suci ini demi kebahagiaan dunia dan akhirat.

Seterusnya beliau telah meminda dan membetulkan beberapa kesalahan ejaan nama yang terdapat didalam minit mesyuarat Khas Penubuhan yang lalu.

Setiausaha

6

Soal-soal lain yang berbangkit

Saudara Fadzil membangkitkan 2 persoalan kepada Pengerusi Penaja berhubung dengan:

1). Sumber kewangan yang diperlukan untuk dijadikan sebagai sumber kepada masalah Kebajikan atau Musibah yang berlaku dimasa akan datang.

Jawapan dari Pengerusi Penaja:

Pengerusi akan merujuk dengan lebih mendalam dengan PAS Kawasan.

2). Perlantikan AJK kepada Ketua Pemuda & Muslimat , Pengerusi menyarankan agar Ketua Pemuda & Muslimat dapat melantik AJK mereka masing-masing dengan secepat mungkin.

3). Pengerusi mencadangkan agar mesyuarat bulanan AJK diadakan pada setiap hari Sabtu minggu terakhir setiap bulan dan disokong dengan sebulat suara oleh semua yang hadir.

4). Sdr.Fadzil membangkitkan usul tentang Badan Khairat Kematian, samaada diwujudkan di Cawangan ini atau hanya mengikut saluran PAS Kawasan.

Jawapan:

Bendahari membentangkan hasil maklumat yang diperolehi dari PAS Kawasan.

Pembentangan oleh Ketua Pemuda:

Kewangan lebihan hasil dari sumbangan orang ramai terdapat RM110 , terdapat cadangan supaya wang lebihan itu dimasukkan kedalam tabung PAS cawangan untuk digunakan untuk jamuan dimesyuarat-mesyuarat yang akan datang.

Pembentangan Ketua Muslimat :

Perancangan dimasa hadapan melibatkan Badan Perubatan NGO (PAPISMA) yang bernaung dibawah PAS bagi mengadakan Khidmat Pemeriksaan Perubatan secara percuma dicawangan PAS Kg. Manggol.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada AJK Penaja yang terlantik agar dapat mengeratkan lagi tali-silaturahim dan janganlah ada diantara dikalangan AJK dan Ahli supaya tidak ada yang berpaling tadah dan talam dua-muka dan beliau juga menyeru agar jangan ada dikalangan Ahli yang serupa itu menjadi „Hard Core“ berada didalam kalangan Ahli Cawangan ini.Beliau juga menyeru agar semua ahli meningkat usaha dan jangan jadi hangat-hangat tahi ayam pula nanti.

Saranan dari Sdr. Izny Hafiz antara perancangan lain yang boleh dijalankan kelak ialah berhubung dengan sumber maklumat yang seharusnya disalurkan kepada ahli-ahli dan penduduk kampung, antaranya behubung dengan perkembangan semasa Pentadbiran Kerajaan PAS di negeri Kedah dari masa kesemasa.Ini membolehkan sumber maklumat alternatif yang sebenar dapat disampaikan kepada semua ahli dan penduduk kampung.

Pengerusi pula telah menokok tambah dengan menyarankan pengeluaran Buletin atau Naskah-naskah Maklumat bagi diedarkan kepada penduduk kampung dan Ahli-ahli PAS cawangan.

Pengerusi Penaja

Ketua Pemuda & Muslimat

Semua Ahli

Bendahari

Ketua Pemuda

Ketua Muslimat

Semua ahli

Sdr.Izny Hafiz

AJK yang dilantik kelak

Mesyuarat ini telah ditamatkan dan ditangguhkan dengan bacaan doa selamat oleh Sdr. Setiausaha dan diakhiri dengan bacaan tasbih Kifarah dan Suratul Asyr pada jam 11.30 malam.

”Takbir!!!“

Disediakan oleh:

Disahkan oleh:

Abdul Ghani Fathil

Setiausaha Penaja

Tn. Hj. Tajuddin b. Jusoh

Pengerusi Jawatan Kuasa Penaja

No comments: